BAKUL BAYI / MOSES BASKET
SELAMAT DATANG ke blog dan kedai KAMI DI BABYTOU.BLOGSPOT.COM....sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui call, sms, whatsApp and WeChat di talian 0132808896 atau layari facebook/babytou untuk keterangan lebih lanjut....
LAMAN UTAMA
lihat iklan menarik disini
Khamis, 29 Ogos 2013
BAKUL BAYI / MOSES BASKET: BABY TRAVEL
BAKUL BAYI / MOSES BASKET: BABY TRAVEL: BABY CARRIER JENAMA CHICCO HARGA RM 80.00 PIIHAN WARNA: RED AND DARK BLUE JENAMA ORGANIC ERGO HARGA RM 125.00...
Jumaat, 5 Julai 2013
Bolehkah Saya Menyusu Badan Ketika Berpuasa ?
Assalamualaikum.....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA .......
Alhamdulillah hari ni nak share tentang kegembiraan seorang customer yang menggunakan BAKUL BABYTOU........
nyenyak je baby tidur dalam tu....tanpa gangguan,......mommy boleh santai2 dalam kereta walaupun masa ni tengah jem teruk......ibu dalam pantang lagi memerlukan bakul untuk travel....nanti x la penat sangat nak carry baby setiap masa :)
BAKUL BARU SAMPAI!!!!! CANTIK DAN BERKUALITI
MEMANG BERBALOI-BALOI MENGUNAKAN MOSES BASKET
Bakul Rotan
Baru!!
Baru!!
harga: RM 220.00
(tidak termasuk kos penghantaran)
Jenis: rotan
Size: 85*43*23cm
KOD MBK02putih/ lace)
Moses Basket (complete set dengan cap)
harga: RM 180.00 (tidak termasuk stand)
(tidak termasuk kos penghantaran)
Jenis:mengkuang
Size: 85*43*23cm
colour: putih
material kain: cotton
KOD KBK07
Kaki bakul sahaja
Harga: RM 120
Material: KAYU
hari ni saya nak memperkenalkan produk baru untuk ibu dan anak.....
nano centa....seorang ibu boleH menjadi cantik di samping dapat menghasilkan pengeluaran susu badan yang banyak......best!!!!! ada 2 fungsi.... x percaya, ok....saya tunjukkan testimoni dari seorang pengguna nano centa
SEBELUM
SELEPAS
Banyak perbezaanya kan....asal kulit berjeragat, kini dah makin gebu dan putih, yang paling best bila ibu-ibu yang tengah menyusukan anak pun boleh menggunakanya, susu menjadi semakin banyak....dijamin halal dan produk ni adalah buatan MALAYSIA.....
jika berminat boleh pm/whatsApp/ telegram saya di 013 2808896
ANDA MENCARI PENAWAR UNTUK KENCING MANIS?????
TAKUT TERKENA KENCING MANIS!!!
KENA MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG!!!
ATAU!!!!!
Saya ada penawarnya.....testimoni adalah diri saya sendiri dan nenek saya...
sebelum saya minum GLUKOSCUT, bacaan gula dalam darah saya 6.9, ok....masih rendah tapi bagi mereka yang masih muda perlu berhati-hati sebab bacaan tersebut adalah petanda untuk mendapat kencing manis....saya memang suka makan benda yang manis-manis, satu hari adalah seorang hamba Allah perkenalkan glukoscut pada saya....mula2 saya x percaya....so dia bagi sample untuk 3 hari....itu pun saya x minum jugak.....kita normal la kan....susah nak percaya pada produk, so...seminggu lepas tu saya balik kampung....rumah nenek :) esokan pagi tu...nenek suruh buat air untuk dia, so dia kata nak minuh teh glukoscut....mak aih...terperanjat saya...apa lagi tanya la nenek dah berapa lama minum....katanya baru 6 kali minum, so baru 2 uncang la....esok dia kena p test darah kat hospital kota bharu....bacaan 4 hari lepas doktor cakap 14.5mm, keesokanya...bersiap-siap p hospital, nenek mmg dah masak dengan doktor yang akan membebel bila keputusan gula x turun2.....tapi pagi tu, Alhamdulillah....rezeki nenek, dari 14.5mm turun kepada 7.2mm.....sape x terkezut!!!! balik tu saya apa lagi...minum la n amalkan sampai hari ni...Alhamdulillah bacaan paling tinggi pun 4.Xmm....sapa2 yang rasa nak cuba saya boleh bagi sample....saya x nak tipu orang dengan produk yang x menjadi....so try sample dulu...free je saya bagi....kalau menjadi boleh continue nanti...
jika berminat boleh pm/whatsApp/ telegram saya di 013 2808896
ni rupa glukoscut
Posted by MONYET RIMAU AT 10:53 AM
Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?
Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.
Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam.
Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan.
Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.
Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.
Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.
Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.
Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?
Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.
Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
- anda rasa sangat dahaga;
- air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
- anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
- Anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.
Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah.
Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.
Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa.
Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.
Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.
Bilakah saya harus meminta bantuan?
Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
- kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
- najis berwarna kehijauan;
- tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
- turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Jika masalah penyusuan badan berlaku, hubungilah kaunselor penyusuan badan atau penasihat laktasi. Mungkin ada seorang di hospital berdekatan anda, atau tanyalah doktor anda jika beliau boleh mencadangkan seseorang. Anda juga boleh mencari sumber tambahan dalam Direktori Penyusuan Badan A-Z kami.
Berbuallah dengan ibu-ibu lain yang turut menyusu badan! Anda boleh jumpa mereka hari ini dalam forum Komuniti kami.
Semakan terakhir: Julai 2012
Like facebook page saya kalau anda pembaca setia blog 3 dalam 1
Facebook : MingHuiRaingerz Awesome Collections
Follow : Blog 3 Dalam 1
Add Circle : Google+
Twitt Me: Twitter
Isnin, 22 Oktober 2012
Ahad, 9 September 2012
TAHUKAH ANDA MENGAPA BAYI PERLUKAN SUSU IBU
Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi dari saat di lahirkan sehinggalah usia mereka mencecah dua tahun. kepentingan susu ibu terlalu banyak, di dalam al quran juga ada menyebut tentang penyusuan susu ibu dari surah (Al Baqarah ayat 233) menyatakan "para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun lebih, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan".
Mengapa dikatakan susu ibu penting untuk bayi? hal ini kerana pertamanya bayi yang baru dilahirkan belum cukup matang untuk mencernakan atau menghadam pemakanan mereka. susu formula mempunyai DHA dan AA yang dibuat berasaskan susu lembu dan pati soya akan melambatkan penghadaman berlaku, di sebabkan faktor inilah ibu bapa perlu memilih susu yang sesuai dengan penghadaman anak-anak mereka, untuk mengelak daripada berlakunya sembelit.
Keduanya, susu ibu membekalkan nutrien yang lengkap untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mengikut kajian yang dilakukan oleh para penyelidik susu ibu mempunyai perkembangan mental yang sangat baik berbanding susu formula. kebanyakan cerdik pandai adalah mereka yang mendapat susu ibu sepenuhnya. bayi yang disusui dengan susu ibu juga cepat menguasai bahasa pada usia tiga sehingga enam bulan pertama. dari segi fizikal pula penyusuan susu ibu dapat menambahkan antibodi badan agar sentiasa sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
Kolostrum/ susu pertama yang keluar pada hari pertama kelahiran sehingga kehari ketiga mengandungi antibodi (lgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan. Ramai ibu yang mengambil mudah tentang penyusuan pertama ini, ada yang menyatakan susu tidak ada, kekok, tidak pandai, fikirkan kembali, susu akan terhasil apabila hisapan bayi yang akan merangsang reseptor pada puting areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak, seterusnya akan merangsang kelenjar pituitari dan merembeskan hormon prolaktin. hormon prolaktin akan dibawa oleh aliran darah ke payudara, kemudian reseptor yang berada di payudara inilah yang akan merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
Melalui pengalaman saya sendiri pada hari pertama kelahiran, saya tidak mempunyai susu, para ibu harus bertenang dan ketika anak menghisap payudara, cuba tarik nafas panjang-panjang fikirkan kita mampu susukan mereka, makan pemakanan yang dapat menghasilkan banyak protein seperti susu, ikan, telur dan daging, ambil lebih dari biasa, para ibu jangan risau akan kegemukan, ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan kebanyakannya dapat melangsingkan tubuh mereka. saranan seterusnya lakukan urutan dengan bidam, urutan dapat membuka rongga2 susu yang tertutup dan dapat menghasilkan pengeluaran susu yang banyak.
Susu ibu juga dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak, sentuhan kulit juga penting untuk mempertingkatkan pengeluaran susu badan. selepas kelahiran dalam masa 1 jam pertama, bayi perlulah diberi kepada ibu sekurang2nya 10 minit pertama untuk skin to skin dan rootingreflex (mencari-cari payudara). oleh hal inilah Allah SWT Berfirman: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepa ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh mencerai susunya ialah dalam masa dua tahun; dengan hal yang demikian bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan ingatlah kepada Aku jualah tempat kembali (untuk menerima balasan). "(Surah Luqman: Ayat 14).
Jumaat, 7 September 2012
Rabu, 11 Julai 2012
Isnin, 17 Oktober 2011
TEMPAHAN DARI KAK EMA
ni gambar ehsan dari kak Ema masa buat majlis cukur jambul, tempahan yang dibuat adalah, sarung bakul yang berwarna putih labuh mencecah lantai. cantikkan?
Langgan:
Catatan (Atom)
LAHIRKAN ANAK fuh....sakit
MY BEST DAY
Catatan Popular
-
Anda mempunyai katil bayi sebegini? ingin menghias bilik khas untuk anak anda? tetapi tidak tahu bagaimana? kami akan membantu anda. Corak...
-
Bakul bayi/ moses basket ini adalah keluaran baru, bakul ini direka khas untuk bayi yang baru lahir sehingga ke usia 1 tahun, dengan tilamny...
-
BAKUL BAYI / MOSES BASKET: BABY TRAVEL : BABY CARRIER JENAMA CHICCO HARGA RM 80.00 PIIHAN WARNA: RED AND DARK BLUE ...
-
KOD MBK02(putih /kuning) Moses Basket (complete set dengan cap) harga: RM 170.00 (tidak termasuk kos penghantaran) Jenis:mengk...
-
Melalui pengalaman sendiri, berpantang memang hari-hari yang menyeksakan, tapi bila difikirkan balik, ada hikmahnya kenapa kita perlu berpan...
-
Inilah rupa sarung bakul yang ditempah oleh jaja untuk majlis cukur jambul anaknya: Colour: off wihte + cream Lace: 2 corak Kain: satin 3...
-
SARUNG MOSES BASKET/ BAKUL BAYI Jenis kain: (?) white colour flowers: pink cair Harga: RM70.00 cantik untuk dibawa kemana-mana, keran...
-
Kaki bakul ni boleh ditolak dan dikunci tayarnya, jika masih dalam pantang amat mudah bagi si ibu mengalihkan bayi mereka, kaki bakul i...
-
Sofa sudah lama? sarungnya sudah lusuh dan buruk? tidak tahu untuk tempah dimana? ingin tukar sofa baru? Tunggu dulu!! Sempena bulan ramadha...
-
Kami menawarkan tempahan barangan baby dan juga keperluan ibu hamil dan selepas bersalin, pelbagai kelengkapan boleh didapati disini, sepert...