Isnin, 14 Februari 2011

PENGALAMAN BERPANTANG DAN CARA-CARA NAK BERPANTANG

Melalui pengalaman sendiri, berpantang memang hari-hari yang menyeksakan, tapi bila difikirkan balik, ada hikmahnya kenapa kita perlu berpantang. pertamanya sampai ke hari ini badan akak slim maintain,

masa ni bukan mengandung, angin bertiup tu nampak kembong sikit :D
keduanya badan akan sentiasa sihat walafiat, dan ketiganya peranakkan kita akan sentiasa kemas (kata orang tua-tua la) tapi memang banyak faedahnya bila berpantang.

hari pertama berpantang
hari pertama kita berpantang, bertungku dan urutan jangan dibuat lagi, nanti pendarahan tidak berhenti keluar, yang boleh cuma pemakanan kita, hari pertama kita hanya boleh makan nasi putih, ikan kering bakar ataupun haruan bakar dan biskut jacob yang tidak berkrom, kalau nak buat kuah.
sawi masak air campur lada hitam
bahan-bahanya:
sawi
bawang putih
garam
lada hitam (banyakkan)

cara-caranya
tumbuk bawang putih beserta lada hitam
potong sawi kecil-kecil (mcm kita msk biasa)
lepastu panaskan air diatas dapur, bila mengelegak masukkan bahan yang ditumis, dan garam sikit, gila dah menggelegak lagi masukkan sawi and dah pun masak, bolehlah dimakan bersama nasi.
petua ini, emak yg ajar, sebab kalau makan nasi ngan ikan bakar je, nak buang air besar tidak lawas, so masaklah sayur ini, banyak khasiatnya.

ok sekarang bab mandi pula (mandi teresat), cuba buat memang segar dapat mandi air teresat ni tau. rasa tak nak keluar dari bilik air, mandi teresat ni bolehlah dibuat pada hari pertama hingga hari kesepuluh, nak buat sampai habis pantang pun x pe.
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
daun pinang, daun lengkuas, daun semeru, serai wangi, campurkan sekali kedalam periuk, masakan ia, bila dah panas air tu, campurkan kedalam baldi beserta air biasa agar suam-suam than bolehlah mandi (segar).
tempat kemaluan yang luka pula, ambil daun sirih ramas-ramaskan dalam air dan basuhlah ditempat tersebut, insyAllah, luka akan cepat sembuh.


bila dah masuk hari kelima atau keenam, bolehlah dibuat urutan dan bertungku, biasanya kita akan panggil makbidan untuk membuat urutan dan tungku, sebenarnya bila mak bidan tak de pun kita masih perlu bertungku, buat sendiri! minta tolong mak atau suami bakarkan tunggu than kita tunggu la sendiri, hasilnya memang menabjukkan perut jadi cepat kempis. (kalau nak tunggku bau wangi ambil beberapa helai daun sirih lapik pada batu yang dibakar tadi kemudian barut dengan kain tebal dan bolehlah mula bertunggu.

sekarang macam mana cara nak barut perut pula:
pagi:
ambil kapur dan perahkan asam limau banyak2 kedalam kapur tadi, gaulkan bersama.
sapukan ia di perut kita kemudian barut dengan bengkung (kalau x nak bengkung kotor, bolehlah dibarut dengan plastik wrap terlebih dahulu)

malam:
tumbuk sedikit kunyit dan garam sampai separuh lumat pun tak pe, dan sapukan diperut, kemudian barut macam ni! (kalau x nak bengkung kotor, bolehlah dibarut dengan plastik wrap terlebih dahulu)


perut boleh dibarut pada hari pertama lagi kota melahirkan bayi.
antara pantang-pantang lain:
sentiasa pakaikan stoking
pakai baju lengan panjang
jangan berjalan kesana kemari, duduknya selama 40 hari (takut peranakan jatuh)
jangan angkat benda-benda berat
banyakkan mandi teresat
jagalah pemakanan kita selamat berpantang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LAHIRKAN ANAK fuh....sakit

Catatan Popular