Rabu, 16 Februari 2011

DRESSING FOR MUSLIMAH






BUDAK YANG BERNAMA HUMAIRAH

humairah terkejut baru bangun terus kena lense kamera :p
Penat sebenarnya melayan karenah anak ni, tapi dalam penat ada ketenangan bila melihat, mendengar, mengikut gerak tari mereka, itulah yang dinamakan hati naluri ibu bapa. Penat tapi senang, senang melihat senyuman anak kita tak kala mereka tersenyum, memanggil kita, meraup kewajah kita, mencium pipi kita, habis kepenatan yang dilalui hilang. Begitulah saya dan anak saya humairah. Agak comot tapi comel he..he..he..dia suka berposing, pantang jumpa kamera mesti nak bergambar, tak percaya tengok ni
bila dah bergambar, pasti cepat-cepat dptkan kamera nak tgk gambar, hai...tapi dia ok, baik sangat, penyayng orgnya, bila kita sedih atau luka mesti dia cepat2 nak pujuk...budak tengah belajar, bercakap macam bertih jagun, 10 patah yg dickp, dlm 2-3 patah yg kita faham, yg lain teka2 sndiri.
tapi dari kecil lagi sy dah ajar dia jgn hisap puting, coz nanti takut gigi jadi jongan, alhamdullilah gigi dia lawa sangat2. gigi gosok hari2 sebab takut cares gigi. muka pula sy sabunkan kat dagu, dahi dan pipi, usap slow-slow, nak bagi kulit dia lebih mantap.

tu la, anak ni kita kena jaga ngan rapi biar nampak kemas, kalau ibu2 yg bekerja pula pastikan mkn minum anak2 terjaga, jgn abaikn mereka kerana mereka permata hati kita....susah nak dpt ni tau!

Isnin, 14 Februari 2011

PENGALAMAN BERPANTANG DAN CARA-CARA NAK BERPANTANG

Melalui pengalaman sendiri, berpantang memang hari-hari yang menyeksakan, tapi bila difikirkan balik, ada hikmahnya kenapa kita perlu berpantang. pertamanya sampai ke hari ini badan akak slim maintain,

masa ni bukan mengandung, angin bertiup tu nampak kembong sikit :D
keduanya badan akan sentiasa sihat walafiat, dan ketiganya peranakkan kita akan sentiasa kemas (kata orang tua-tua la) tapi memang banyak faedahnya bila berpantang.

hari pertama berpantang
hari pertama kita berpantang, bertungku dan urutan jangan dibuat lagi, nanti pendarahan tidak berhenti keluar, yang boleh cuma pemakanan kita, hari pertama kita hanya boleh makan nasi putih, ikan kering bakar ataupun haruan bakar dan biskut jacob yang tidak berkrom, kalau nak buat kuah.
sawi masak air campur lada hitam
bahan-bahanya:
sawi
bawang putih
garam
lada hitam (banyakkan)

cara-caranya
tumbuk bawang putih beserta lada hitam
potong sawi kecil-kecil (mcm kita msk biasa)
lepastu panaskan air diatas dapur, bila mengelegak masukkan bahan yang ditumis, dan garam sikit, gila dah menggelegak lagi masukkan sawi and dah pun masak, bolehlah dimakan bersama nasi.
petua ini, emak yg ajar, sebab kalau makan nasi ngan ikan bakar je, nak buang air besar tidak lawas, so masaklah sayur ini, banyak khasiatnya.

ok sekarang bab mandi pula (mandi teresat), cuba buat memang segar dapat mandi air teresat ni tau. rasa tak nak keluar dari bilik air, mandi teresat ni bolehlah dibuat pada hari pertama hingga hari kesepuluh, nak buat sampai habis pantang pun x pe.
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
daun pinang, daun lengkuas, daun semeru, serai wangi, campurkan sekali kedalam periuk, masakan ia, bila dah panas air tu, campurkan kedalam baldi beserta air biasa agar suam-suam than bolehlah mandi (segar).
tempat kemaluan yang luka pula, ambil daun sirih ramas-ramaskan dalam air dan basuhlah ditempat tersebut, insyAllah, luka akan cepat sembuh.


bila dah masuk hari kelima atau keenam, bolehlah dibuat urutan dan bertungku, biasanya kita akan panggil makbidan untuk membuat urutan dan tungku, sebenarnya bila mak bidan tak de pun kita masih perlu bertungku, buat sendiri! minta tolong mak atau suami bakarkan tunggu than kita tunggu la sendiri, hasilnya memang menabjukkan perut jadi cepat kempis. (kalau nak tunggku bau wangi ambil beberapa helai daun sirih lapik pada batu yang dibakar tadi kemudian barut dengan kain tebal dan bolehlah mula bertunggu.

sekarang macam mana cara nak barut perut pula:
pagi:
ambil kapur dan perahkan asam limau banyak2 kedalam kapur tadi, gaulkan bersama.
sapukan ia di perut kita kemudian barut dengan bengkung (kalau x nak bengkung kotor, bolehlah dibarut dengan plastik wrap terlebih dahulu)

malam:
tumbuk sedikit kunyit dan garam sampai separuh lumat pun tak pe, dan sapukan diperut, kemudian barut macam ni! (kalau x nak bengkung kotor, bolehlah dibarut dengan plastik wrap terlebih dahulu)


perut boleh dibarut pada hari pertama lagi kota melahirkan bayi.
antara pantang-pantang lain:
sentiasa pakaikan stoking
pakai baju lengan panjang
jangan berjalan kesana kemari, duduknya selama 40 hari (takut peranakan jatuh)
jangan angkat benda-benda berat
banyakkan mandi teresat
jagalah pemakanan kita selamat berpantang :)

Anak lapar, susu tak cukup

Anak lapar, susu tak cukup

Sabtu, 12 Februari 2011

MY BABY SHOP: TANDA-TANDA BERSALIN

MY BABY SHOP: TANDA-TANDA BERSALIN: " Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan ..."

TANDA-TANDA BERSALIN

 

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Dipetik Dari: Alamhamil.com

LAHIRKAN ANAK fuh....sakit

Catatan Popular