SELAMAT DATANG ke blog dan kedai KAMI DI BABYTOU.BLOGSPOT.COM....sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui call, sms, whatsApp and WeChat di talian 0132808896 atau layari facebook/babytou untuk keterangan lebih lanjut....
LAMAN UTAMA
lihat iklan menarik disini
Isnin, 22 Oktober 2012
Ahad, 9 September 2012
TAHUKAH ANDA MENGAPA BAYI PERLUKAN SUSU IBU
Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi dari saat di lahirkan sehinggalah usia mereka mencecah dua tahun. kepentingan susu ibu terlalu banyak, di dalam al quran juga ada menyebut tentang penyusuan susu ibu dari surah (Al Baqarah ayat 233) menyatakan "para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun lebih, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan".
Mengapa dikatakan susu ibu penting untuk bayi? hal ini kerana pertamanya bayi yang baru dilahirkan belum cukup matang untuk mencernakan atau menghadam pemakanan mereka. susu formula mempunyai DHA dan AA yang dibuat berasaskan susu lembu dan pati soya akan melambatkan penghadaman berlaku, di sebabkan faktor inilah ibu bapa perlu memilih susu yang sesuai dengan penghadaman anak-anak mereka, untuk mengelak daripada berlakunya sembelit.
Keduanya, susu ibu membekalkan nutrien yang lengkap untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mengikut kajian yang dilakukan oleh para penyelidik susu ibu mempunyai perkembangan mental yang sangat baik berbanding susu formula. kebanyakan cerdik pandai adalah mereka yang mendapat susu ibu sepenuhnya. bayi yang disusui dengan susu ibu juga cepat menguasai bahasa pada usia tiga sehingga enam bulan pertama. dari segi fizikal pula penyusuan susu ibu dapat menambahkan antibodi badan agar sentiasa sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
Kolostrum/ susu pertama yang keluar pada hari pertama kelahiran sehingga kehari ketiga mengandungi antibodi (lgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan. Ramai ibu yang mengambil mudah tentang penyusuan pertama ini, ada yang menyatakan susu tidak ada, kekok, tidak pandai, fikirkan kembali, susu akan terhasil apabila hisapan bayi yang akan merangsang reseptor pada puting areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak, seterusnya akan merangsang kelenjar pituitari dan merembeskan hormon prolaktin. hormon prolaktin akan dibawa oleh aliran darah ke payudara, kemudian reseptor yang berada di payudara inilah yang akan merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
Melalui pengalaman saya sendiri pada hari pertama kelahiran, saya tidak mempunyai susu, para ibu harus bertenang dan ketika anak menghisap payudara, cuba tarik nafas panjang-panjang fikirkan kita mampu susukan mereka, makan pemakanan yang dapat menghasilkan banyak protein seperti susu, ikan, telur dan daging, ambil lebih dari biasa, para ibu jangan risau akan kegemukan, ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan kebanyakannya dapat melangsingkan tubuh mereka. saranan seterusnya lakukan urutan dengan bidam, urutan dapat membuka rongga2 susu yang tertutup dan dapat menghasilkan pengeluaran susu yang banyak.
Susu ibu juga dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak, sentuhan kulit juga penting untuk mempertingkatkan pengeluaran susu badan. selepas kelahiran dalam masa 1 jam pertama, bayi perlulah diberi kepada ibu sekurang2nya 10 minit pertama untuk skin to skin dan rootingreflex (mencari-cari payudara). oleh hal inilah Allah SWT Berfirman: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepa ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh mencerai susunya ialah dalam masa dua tahun; dengan hal yang demikian bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan ingatlah kepada Aku jualah tempat kembali (untuk menerima balasan). "(Surah Luqman: Ayat 14).
Jumaat, 7 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
LAHIRKAN ANAK fuh....sakit
MY BEST DAY
Catatan Popular
-
Anda mempunyai katil bayi sebegini? ingin menghias bilik khas untuk anak anda? tetapi tidak tahu bagaimana? kami akan membantu anda. Corak...
-
Bakul bayi/ moses basket ini adalah keluaran baru, bakul ini direka khas untuk bayi yang baru lahir sehingga ke usia 1 tahun, dengan tilamny...
-
BAKUL BAYI / MOSES BASKET: BABY TRAVEL : BABY CARRIER JENAMA CHICCO HARGA RM 80.00 PIIHAN WARNA: RED AND DARK BLUE ...
-
KOD MBK02(putih /kuning) Moses Basket (complete set dengan cap) harga: RM 170.00 (tidak termasuk kos penghantaran) Jenis:mengk...
-
Melalui pengalaman sendiri, berpantang memang hari-hari yang menyeksakan, tapi bila difikirkan balik, ada hikmahnya kenapa kita perlu berpan...
-
Inilah rupa sarung bakul yang ditempah oleh jaja untuk majlis cukur jambul anaknya: Colour: off wihte + cream Lace: 2 corak Kain: satin 3...
-
SARUNG MOSES BASKET/ BAKUL BAYI Jenis kain: (?) white colour flowers: pink cair Harga: RM70.00 cantik untuk dibawa kemana-mana, keran...
-
Kaki bakul ni boleh ditolak dan dikunci tayarnya, jika masih dalam pantang amat mudah bagi si ibu mengalihkan bayi mereka, kaki bakul i...
-
Sofa sudah lama? sarungnya sudah lusuh dan buruk? tidak tahu untuk tempah dimana? ingin tukar sofa baru? Tunggu dulu!! Sempena bulan ramadha...
-
Kami menawarkan tempahan barangan baby dan juga keperluan ibu hamil dan selepas bersalin, pelbagai kelengkapan boleh didapati disini, sepert...